Ahad, 24 Julai 2011

MAJLIS PEGUAM DERHAKA

Majlis peguam secara terang-terangan menetang laporan Suruhanjaya Diraja.Ini bermakna mereka telah secara terang-terangan telah melakukan penentangan terhadap YANG DIPERTUAN AGONG.Laporan oleh Suruhanjaya Diraja telah diperkenankan oleh Baginda.Jadi kepada sesiapa yang menentang keputusan ini maka mereka ini telah derhaka kepada YDP Agong.Majlis Peguam harus diambil tindakan sebelum mereka melakukan lebih banyak kerosakan.Selama ini banyak kenyataan dari majlis peguam yang berbau hasutan dan menentang kerajaan.KDN harus bertindak dengan lebih tegas,Dato Hishammuddin jangan hanya memberi amaran saja tanpa tindakan.Kerana amaran sajalah mereka dan pemimpin-pemimpin pembangkang semakin berani mempermainkan pihak berkuasa,ada yang secara sengaja menjatuhkan imej PDRM dengan memfitnah tetapi tiada tindakan diambil.Pemimpin Bersih 2.0 yang menentang titah YDP Agong,sehingga artikel ini ditulis masih belum nampak ada tanda-tanda akan dikenakan tindakan.Malah mereka menyatakan akan mengadakan Bersih 3.0 pula.Adakah KDN mahu menunggu berlaku pertumpahan darah barulah terhegeh-hegeh mahu bertindak.Ini adalah kerana pihak PERKASA,AHLI PERSATUAN SILAT,PEMUDA UMNO dan NGO-NGO yang menentang Bersih menyatakan mereka tidak akan berdiam diri lagi jika Bersih 3.0 direalisasikan.Jadi Dato Hishammuddin bertindaklah segera sebelum terlewat.Banyak blog yang pro kerajaan menyatakan kekecewaan mereka terhadap KDN atas kelemahan mereka.AKTA ISA diwujudkan agar ketenteraman awam terpelihara dan negara terhindar dari ancaman dalaman.Dan walaupun ketenteraman awam tergugat pada 9/7 dan negara diancam dari dalam oleh anasir yang mengugat kerajaan.Tetapi ironinya KDN hanya memberi amaran tanpa ada tindakan terhadap mana-mana pihak....

Khamis, 21 Julai 2011

MAT SABU PENIPU

Baru sebentar tadi pihak Polis menayangkan rakaman video kepada wakil media dan juga NGO.Pihak polis turut menjawap tuduhan oleh timbalan presiden PAS Mat Sabu bahawa beliau telah dirempuh 4WD Polis.Bukti video itu jelas menunjukkan 4WD itu tidak merempuh Mat Sabu sebaliknya beliau jatuh sendiri.Malah anggota polis tersebut bergegas membantu setelah menyedari bahawa ada kemalangan dibelakang mereka.Sikap anggota polis ini wajar dipuji walaupun ketika itu mereka sedang sibuk bertugas mengawal ketenteraman K.L akibat demo haram.Tetapi madu dibalas tuba apabila Mat Sabu menuduh Polis merempuh beliau.Tidak cukup dengan itu beliau sanggup berkerusi roda dalam sidang media sehari selepas kejadian kononnya kecederaannya sangat parah.Beginikah sikap seorang pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam.Atau bukti ini tidak mencukupi kerana ianya besi??????????

Khamis, 14 Julai 2011

MENGAPA YAHUDI BIJAK?KAJIAN OLEH DR.STEPHEN CARR LEON


 Kajian ini dilakukan oleh beliau ketika menjalani Housemanship dibeberapa hospital di Israel.Beliau menjadikan ini sebagai Tesis pengajiannya.Memang tidak dapat dinafikan ramai cendiakawan berbangsa yahudi dalam segala bidang.Kejuruteraan,muzik,sains dan yang paling hebat perniagaan.Hampir 70% perniagaan didunia dikuasai oleh kaum yahudi.Ketika tahun kedua ,akhir bulan disember 1980 sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum yahudi begitu pintar.Maka dari situ saya menjadikan ia sebagai tesis untuk Phd saya,disamping untuk kebaikan dan keharmonian sejagat.Tesis ini mengambil masa selama 8 tahun,ini kerana untuk mengumpulkan data-data setepat mungkin.Antara data-data yang dikumpulkan termasuk pemakanan,adat resam,agama,persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya.Data-data tersebut saya bandingkan dengan bangsa-bangsa lain di dunia.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.Di Israel,setelah mengetahui seorang wanita itu hamil maka si ibu itu akan sering bermain piano dan membuat penyelesaian matematik bersama suami.Ini adalah untuk melatih otak anak yang sedang dikandungnya,agar anak itu menjadi bijak apabila dewasa kelak.Latihan matematik ini akan dilakukan secara berterusan sehingga anak itu dilahirkan.Dari segi pemakanan pula,sejak awal mengandung mereka mengamalkan makan kurma,kacang badam dan susu,manakala ikan tanpa kepala menjadi hidangan utama disamping salad yang digaul bersama kekacang.Ini kerana daging ikan amat baik untuk perkembangan otak.Kepala ini tidak dibolehkan kerana ia mengandungi bahan kimia yang merosakkan perkembangan otak.Kerana itu bagi orang yahudi adalah menjadi kewajipan untuk mereka mengambil pil minyak ikan.Dalam menu seharian orang yahudi ikan adalah pilihan utama(tanpa kepala),manakala salad dan kekacang adalah satu kemestian.Suatu perkara yang pelik ialah mereka akan makan buah-buahan dahulu sebelum hidangan utama.Menurut mereka ,dengan memakan hidangan kabohidrat(nasi/roti) dahulu kemudian buah akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah ini akan menjadikan kita sukar untuk memahami pelajaran di sekolah.Merokok pula adalah dilarang sama sekali,menurut kajian yang dijalankan oleh saintis yahudi nikotin yang terdapat dalam rokok akan menyebabkan kerosakan pada sel otak utama dan akanmelekat pada genes,ini bermakna keturunan perokok itu akan menjadi lembab.Tetapi ironinya pengeluar rokok terbesar dunia dimiliki oleh yahudi.Kanak-kanak yahudi pada peringkat awal persekolahan,pemakanan mereka dikawal dengan ketat,makanan awal mereka adalah buah-buahan dankacang badam,diikuti dengan pil minyak ikan.Pada peringkat ini mereka dilatih bermain piano dan violin.Menurut mereka bermain muzik dan memahami notanya dapat meningkatkan IQ kanak-kanak,seterusnya menjadikan mereka lebih pintar.Ini kerana getaran muzik dapat merangsang sel-sel otak dan menjadikan ia lebih aktif.Diperingkat sekolah rendah pula,kanak-kanak ini diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.Sukan pula menjadi kewajipan dan memanah,menembak serta berlari adalah yang paling utama.Sukan tersebut dalam melatih otak menjadi lebih fokus.Diperingkat menengah pula murid ditekankan pada sains&matematik.Mereka digalakkan mencipta produk,walaupun kadangkala produk itu kelihatan lucu ia tetap diberi perhatian yang serius,seterusnya idea mereka ini akan dihantar ke university untuk kajian lanjut.Diuniversiti pula fakulti perniagaan diberikan perhatian khusus.Pada tahun akhir setiap kumpulan 10 orang pelajar akan melakukan projek mereka hanya akan lulus jika mendapat keuntungan USD 1 juta.Anda terkejut ?Itulah kenyataannya jadi tidak hairanlah yahudi menguasai separuh dari ekonomi dunia.Diakhir tesis beliau menyatakan semua orang dapat melahirkan anak yang genius tetapi perlulah memahami bagaimana untuk menjayakan.Dan usaha ini memerlukan masa dan pengorbanan dari ibu-bapa itu sendiri.Selain system pendidikan yang baik.

Isnin, 11 Julai 2011

PENDERHAKAAN TERHADAP YANG DIPERTUAN AGONG

Bersih 2.0 pendemo majoriti orang Melayu.Dimanakah hilangnya kesetiaan kepada Raja.Raja telah bertitah agar demo jalanan ini dibatalkan tetapi ia tetap diteruskan menyebabkan K.L lumpuh seketika.Kerugian pula dianggarkan bernilai jutaan RM.Peniaga pasar malam dan premis perniagaan Jalan TAR pula rugi hampir RM 1 juta.Majoriti peniaga disini adalah Melayu.Sedih apabila Melayu mengkhianati bangsanya sendiri.Kesal melihat Pakcik&Makcik yang dibawa dari luar K.L untuk berdemo.Mereka ini terlalu taksub kepada pemimpin yang berlagak seperti ulama tetapi selalu mengeluarkan kenyataan mengelirukan.Dulu mereka menyatakan Pengerusi Bersih musuh Islam,kini mereka menyokong pula dia ini.Anwar adalah yang paling hebat antara mereka ini dia Penderhaka terhebat juga Pelakon terhebat.Lakonan ketika ditangkap dulu kononnya sakit bakal berulang kini.Kerana ketika berdemo dia menuduh pihak PDRM telah mencederakan beliau jadi neck colar dipakai kononnya dia cedera parah.Hakikatnya dia cuma cedera ringan.Inilah Penipu Terhebat.Pihak Polis harus mengambil tindakan yang sewajarnya kepada dalang demo haram ini kerana mereka dengan jelas telah menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong.Gunakan ISA kerana mereka ini telah mengancam keselamatan Negara Malaysia.

Khamis, 7 Julai 2011

DEMO BERSIH DALAM STADIUM????

Benarkah Bersih akan berdemo dalam stadium atau ia hanya helah untuk memperdayakan rakyat jelata.Adakah juak-juak pendemo jalanan ini akur Titah Yang Dipertuan Agong.Sejarah membuktikan bahawa mereka ini sanggup menderhaka kepada Sultan,seperti yang berlaku di Perak.Yang lebih mengaibkan orang-orang Melayu sendiri yang menderhaka.Pihak PDRM perlu bertindak seperti yang dirancang sebelum ini dan jangan leka dengan taktik mereka ini yang berhasrat menimbulkan huru-hara di Kuala Lumpur.
Kesan dari demonstrasi jalanan ini telah pun mula dirasai kini apabila pengguna mula membuat pembelian panik dan jika ini berterusan maka harga barang keperluan akan meningkat dan menyusahkan rakyat jelata.Malah beberapa premis perniagaan besar telah merancang menutup premis mereka pada hari berkenaan.Penjaja kecil di kawasan berkenaan pula kini berbelah bahagi samaada berniaga seperti biasa atau menutup premis mereka.Agaknya berapakah kerugian yang harus ditanggung oleh mereka pada hari berkenaan?Lebih malang kebanyakan peniaga dikawasan yang tersebut adalah Melayu.Amat mendukacitakan apabila orang Melayu mengkhianati Bangsanya sendiri.Kepada mereka yang berlagak kononnya alim dengan berjubah dan berkopiah tetapi menjerit -jerit menghina orang lain dan berarak beramai-ramai,ingatlah bahawa anda telah menyusahkan dan menyekat rezeki orang lain.Janganlah anda hanya tahu mengikut telunjuk orang lain tanpa usul periksa.Jangan nanti kita menjadi seperti PAK KADUK menang sorak kampung tergadai.