Majlis peguam secara terang-terangan menetang laporan Suruhanjaya Diraja.Ini bermakna mereka telah secara terang-terangan telah melakukan penentangan terhadap YANG DIPERTUAN AGONG.Laporan oleh Suruhanjaya Diraja telah diperkenankan oleh Baginda.Jadi kepada sesiapa yang menentang keputusan ini maka mereka ini telah derhaka kepada YDP Agong.Majlis Peguam harus diambil tindakan sebelum mereka melakukan lebih banyak kerosakan.Selama ini banyak kenyataan dari majlis peguam yang berbau hasutan dan menentang kerajaan.KDN harus bertindak dengan lebih tegas,Dato Hishammuddin jangan hanya memberi amaran saja tanpa tindakan.Kerana amaran sajalah mereka dan pemimpin-pemimpin pembangkang semakin berani mempermainkan pihak berkuasa,ada yang secara sengaja menjatuhkan imej PDRM dengan memfitnah tetapi tiada tindakan diambil.Pemimpin Bersih 2.0 yang menentang titah YDP Agong,sehingga artikel ini ditulis masih belum nampak ada tanda-tanda akan dikenakan tindakan.Malah mereka menyatakan akan mengadakan Bersih 3.0 pula.Adakah KDN mahu menunggu berlaku pertumpahan darah barulah terhegeh-hegeh mahu bertindak.Ini adalah kerana pihak PERKASA,AHLI PERSATUAN SILAT,PEMUDA UMNO dan NGO-NGO yang menentang Bersih menyatakan mereka tidak akan berdiam diri lagi jika Bersih 3.0 direalisasikan.Jadi Dato Hishammuddin bertindaklah segera sebelum terlewat.Banyak blog yang pro kerajaan menyatakan kekecewaan mereka terhadap KDN atas kelemahan mereka.AKTA ISA diwujudkan agar ketenteraman awam terpelihara dan negara terhindar dari ancaman dalaman.Dan walaupun ketenteraman awam tergugat pada 9/7 dan negara diancam dari dalam oleh anasir yang mengugat kerajaan.Tetapi ironinya KDN hanya memberi amaran tanpa ada tindakan terhadap mana-mana pihak....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan