Selasa, 15 November 2011

KERAJAAN SELANGOR CUBA MEMBERI GULA-GULA

Setelah hampir 4 tahun memerintah baru kini kerajaan selangor bertungkus-lumus kononnya mahu membantu rakyat.Di Pandan Jaya jalan mula diturap baru.Kini ada pula program mengecat flat-flat kos rendah di selangor.Dalam belanjawan negeri selangor baru-baru ini kakitangan awam pula dijanjikan gaji minimum RM 1500.Baru sebentar tadi buletin utama menyiarkan kononnya MB selangor akan menyelesaikan masaalah penduduk malah bertemu mereka.Walaupun sebelum ini penduduk telah banyak menghantar surat kepada MB untuk bertemu dan menyelesaikan masaalah seperti yang telah dijanjikan oleh MB itu sendiri sebelum ini.
Inilah yang kita katakan gula-gula pilihanraya.Dalam masa hampir 4 tahun memegang teraju kerajaan baru kini mereka mahu mendengar masaalah rakyat,ketika mandat yang diberikan hampir tamat baru mereka mahu mendengar masaalah rakyat.Selama ini apa yang mereka lakukan????Beginikah sikap pemimpin yang kita mahukan tepuk dada tanya hati.Janji-janji pilihanraya lepas masih banyak yang belum ditunaikan,malah kini sedang merangka janji baru pula.Pemimpin-Pemimpin ini agaknya terlalu sibuk mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan membiarkan rakyat mencari alternatif sendiri menyelesaikan masaalah mereka.Ramai pemimpin pembangkang yang dahulunya hanya orang biasa,kini bertaraf jutawan apabila memiliki kereta mewah dan banglo berharga jutaan RM.Dari manakah datangnya harta yang melimpah ruah ini sedangkan mereka baru tidak sampai 4 tahun memegang kuasa.Jadi nilaikanlah sendiri dan pada pilihanraya akan datang buatlah keputusan yang terbaik untuk masa depan diri sendiri dan juga anak-anak serta cucu-cicit kita