Rabu, 24 November 2010

PETUA-PETUA LAMA

Saya ingin berkongsi dengan anda semua petua-petua yang saya perolehi dari seseorang.Ia merangkumi dari segi masakan,kesihatan dan keperluan harian.Harapan saya agar warisan dan adat kita sebagai orang Melayu dapat dikekalkan.Petua lama ini adalah sebahagian warisan kita.Saya berharap dengan menerbitkannya dalam blog ini semua orang dapat memenfaatkannya.Siri pertama telah diterbitkan dalam blog ini adalah berkaitan dengan masakan,ada hampir 100 petua semuanya.Akan menyusul nanti mengenai kesihatan pula.

PETUA-PETUA DIDAPUR12

 

petua12

PETUA-PETUA DIDAPUR11

 

petua11

PETUA-PETUA DIDAPUR10

 

petua10

PETUA-PETUA DIDAPUR9

 

petua9

PETUA-PETUA DIDAPUR8

 

petua8

Isnin, 15 November 2010

PENGORBANAN

Esok umat Islam akan menyambut satu perayaan yang penting dalam sejarah Islam.Hari Raya Aidil Adha,adakah kita memahami sepenuhnya atau kita menyambutnya dengan mengorbankan binatang ternakan sahaja tanpa memahami kenapa ia dilakukan.Atau lebih teruk lagi kita hanya tahu ia satu lagi hari cuti.Saya tidak mahu menulis hal ini kerana sebagai umat Islam kita seharusnya tahu mengenai perkara ini.Apa yang saya ingin saya coretkan adalah mengenai situasi yang melanda umat Islam di Malaysia sekarang ini.Pada masa sekarang adalah amat jelas kita telah berpecah-belah,kerana politik.Yang nyatanya ada pemimpin yang kononnya mengaku dirinya ulama tetapi mendoakan kecelakaan terhadap saudara seagamanya.Malah ada pemimpin yang mencerca saudaranya sendiri kerana perbezaan fahaman politik.Tetapi mereka yang mengaku memperjuangkan Islam ini mahu pula bekerjasama dengan kafir yang secara jelas memusuhi Islam.Apabila saudara Islam mereka menghulurkan salam persaudaraan mereka menolak mentah-mentah,terutamanya Ulama No.1 itu.Pada hari yang mulia ini saya memanjatkan doa agar beliau dibukakan pintu hatinya agar kembali kepangkal jalan,apatah lagi kini beliau berada di Mekah.Semoga beliau berubah sekembalinya ke Tanahair.

PEMIMPIN PAKATAN SONGSANG ANTI MEDIA

Azizan adalah pemimpin pakatan terbaru yang menghalang wartawan dari beberapa media dari membuat liputan majlis rasmi serta tidak rasmi anjuran mereka.Media ini dilabelkan sebagai pro UMNO atau pro KERAJAAN.Jika dilihat.dari visual yang disiarkan jelas menunjukkan bahawa Azizan rasa bersalah dan cuba menutup kesalahan itu dengan mencetuskan ketegangan pada sidang akhbar berkenaan.Rasanya dia telah berguru dengan Anwar.Jika diteliti Anwar juga akan mencetuskan ketegangan jika wartawan bertanya soalan yang tidak menyenangkan beliau.Cara ini telah digunakan sejak sekian lama oleh Anwar.Sebagai wartawan mereka ini hanya menjalankan tugas untuk melaporkan berita,tetapi seringkali Anwar menuduh mereka ini dibayar untuk menanyakan sesuatu persoalan.Jidi fikirkanlah,adakah mereka ini layak menjadi pemimpin jika sentiasa mahu lari dari masaalah.

Selasa, 9 November 2010

Aspirasi Bangsa: Parti Kalut dan Ribut (PKR) : Zaid minta Anwar dan...

Aspirasi Bangsa: Parti Kalut dan Ribut (PKR) : Zaid minta Anwar dan...: "Nampaknya Anwar terus nak pertahankan proses demokrasi yang rosak dalam pemilihan PKR.. tidak menjawab dakwaan zaid, Anwar bahkan mengatakan..."

Isnin, 8 November 2010

INIKAH PERJUANGAN

Pengeboman 2 buah masjid di Pakistan baru-baru mengejutkan kita semua.Apatah lagi ia dilakukan oleh Taliban,sebuah pertubuhan yang mengaku ia memperjuangkan ISLAM.Bagaimana mereka ini sanggup memusnahkan Rumah ALLAH serta membunuh saudara mereka sendiri.Inilah yang berlaku jika kita tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya.Ketaksuban terhadap seorang pemimpin boleh menghancurkan Iman dan Akidah seseorang.Jika kita mengamalkan Islam yang sebenarnya semua ini dapat dielakkan.Diserata dunia umat Islam masih lagi bermusuh dan berbunuhan sesama sendiri dengan satu tujuan iaitu KUASA.Saya berharap umat Islam di Malaysia tidak menjadi seperti ini.Walaupun begitu dari pemerhatian saya,sudah ada bibit-bibit ketaksuban terhadap pemimpin wujud dikalangan umat Islam disini.Mereka-mereka ini sanggup melakukan apa sahaja demi untuk pemimpin mereka.Apa sahaja yang diucapkan oleh pemimpin mereka akan diikut tanpa memikirkan ia salah atau betul.Sehingga sanggup bermusuhan akibat berlainan fahaman politik.Saya berharap agar perkara ini tidak berkembang yang seterusnya menjadi ancaman terhadap keamanan di Negara kita.Seperti yang berlaku di negara luar.

Ahad, 7 November 2010

BISKUT RAYA & KEK: Panglima Perang Cyber: Yayasan Selangor Mula Dirom...

BISKUT RAYA & KEK: Panglima Perang Cyber: Yayasan Selangor Mula Dirom...: "Panglima Perang Cyber: Yayasan Selangor Mula Dirompak Penyangak Pakatan R...: 'Skandal Selangor (1): Yayasan Selangor Dirompak (I)Tan Sri K..."

HAYATILAH

BACALAH JIKA ANDA ADA MASA UNTUK ALLAH!!

oleh Muhammad Azri pada pada 03hb November 2010 pukul 6.13 ptg

Assalamualaikum saudaraku

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH. 

Bacalah sehingga habis. 
Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung. 
ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini... Lebih lebih lagi diwaktu kerja. 

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini 

Kita cuba menyimpan ALLAH didalamMASJID pada hari Jumaat ....... 

Muingkin malam JUMAAT? 

Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA? 

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....

Dan sudah pasti waktu ada kematian... 

Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain? 

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA. 

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka...... 

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah) 

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. 
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH 
Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!! 

Ya aku CINTA ALLAH 

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku 

IA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna. 

Ini adalah ujian yang mudah. 

Kalau anda benar meyintai ALLAH dantidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu.... 
Kirimkan kepada orang . 

Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian? 

Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan. 

Susah….... Senang 

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran? 

Kenapa mengantuk dalam MASJIDtetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali? 
Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem 'forward' kanemail yang tak senonoh? 
Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima. 
Solat adalah yang terbaik.... 

Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan. 

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAKBeriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka. 

Tidakkah melucukan bila seseorang berkata 'AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also 'believes' in ALLAH). 
Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM, ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi? 

Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini andatidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?. 

Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapanALLAH terhadap anda. 

Aku berDOA, untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.

Jumaat, 5 November 2010

KEMENANGAN BUAT PEMUDA

Kejayaan merampaas DUN Galas serta dapat mengekalkan Parlimen Batu Sapi merupakan satu petanda bahawa Rakyat Malaysia khususnya golongan Muda mula mengalihkan sokongan mereka dari PR kepada BN.Jika dilihat pada PRU yang lepas majoriti golongan muda ini memberi sokongan kepada PR menyebabkan banyak kerusi DUN & PARLIMEN berjaya dirampas PR.Mungkin ketika itu pengaruh DSAI serta syarahan beliau yang terkenal hebat berpidato berjaya mempengaruhi mereka.Tetapi apabila PR berjaya berkuasa di 4 buah negeri kita dapat menilai mampukah mereka menerajui sebuah KERAJAAN.
Pada pendapat saya PR cuma hebat berkata-kata tetapi apabila diberi tanggungjawap mereka gagal melaksanakannya.Negeri yang dibawah kuasa mereka dilanda bermacam-macam masaalah serta skandal.
Jadi saya menyeru kapada RAKYAT MALAYSIA agar pada PRU yang akan datang berikanlah sokongan kepada BN.