Selasa, 15 November 2011

KERAJAAN SELANGOR CUBA MEMBERI GULA-GULA

Setelah hampir 4 tahun memerintah baru kini kerajaan selangor bertungkus-lumus kononnya mahu membantu rakyat.Di Pandan Jaya jalan mula diturap baru.Kini ada pula program mengecat flat-flat kos rendah di selangor.Dalam belanjawan negeri selangor baru-baru ini kakitangan awam pula dijanjikan gaji minimum RM 1500.Baru sebentar tadi buletin utama menyiarkan kononnya MB selangor akan menyelesaikan masaalah penduduk malah bertemu mereka.Walaupun sebelum ini penduduk telah banyak menghantar surat kepada MB untuk bertemu dan menyelesaikan masaalah seperti yang telah dijanjikan oleh MB itu sendiri sebelum ini.
Inilah yang kita katakan gula-gula pilihanraya.Dalam masa hampir 4 tahun memegang teraju kerajaan baru kini mereka mahu mendengar masaalah rakyat,ketika mandat yang diberikan hampir tamat baru mereka mahu mendengar masaalah rakyat.Selama ini apa yang mereka lakukan????Beginikah sikap pemimpin yang kita mahukan tepuk dada tanya hati.Janji-janji pilihanraya lepas masih banyak yang belum ditunaikan,malah kini sedang merangka janji baru pula.Pemimpin-Pemimpin ini agaknya terlalu sibuk mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan membiarkan rakyat mencari alternatif sendiri menyelesaikan masaalah mereka.Ramai pemimpin pembangkang yang dahulunya hanya orang biasa,kini bertaraf jutawan apabila memiliki kereta mewah dan banglo berharga jutaan RM.Dari manakah datangnya harta yang melimpah ruah ini sedangkan mereka baru tidak sampai 4 tahun memegang kuasa.Jadi nilaikanlah sendiri dan pada pilihanraya akan datang buatlah keputusan yang terbaik untuk masa depan diri sendiri dan juga anak-anak serta cucu-cicit kita

Selasa, 11 Oktober 2011

PENDERHAKAAN YANG JELAS

Prof.Aziz Bari telah mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan kuasa Sultan Selangor dalam hal ehwal Agama Islam di Selangor.Beliau yang merupakan penasihat kepada PAS secara terang-terangan telah menderhaka.Kenyataan nya seperti dibawah...
Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

“Seseorang akan berfikir sama ada dengan meletakkan umat Kristian dalam kedudukan itu - sesuatu yang tidak dapat dielakkan berikutan serbuan ke atas DUMC - adalah benar-benar mengikut ajaran Islam.

“Lebih-lebih lagi, campurtangan istana dalam perlembagaan negara amat jarang sekali. Apa yang berlaku di Selangor hari ini bukan sesuatu yang lazim.

"Sebelum ini, pernah terjadi kejadian yang lebih teruk seperti bekas menteri besarnya merobohkan surau tertentu di Selangor. Tetapi pihak istana tidak campurtangan,” katanyanya. 


Ahad, 25 September 2011

DUNIA SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNG

Dalam masa 5 tahun kebelakangan ini semakin banyak gempa bumi berskala besar yang terjadi.Malah gempa berskala kecil telah meningkat berkali ganda dari sebelumnya.Para sainstis meramalkan akan berlaku gempa berskala besar yang akan membawa kemusnahan yang dahsyat pada awal 2012.Dan mereka menjangkakan gempa ini akan mengubah dunia dari segenap segi samaada ekonomi,geografi dan sebagainya.
Persoalannya adakah umat manusia sejagat akan mampu berubah menjadi lebih baik selepas itu.Setelah beberapa siri gempa yang mengorbankan ratusan ribu nyawa adakah dunia menjadi lebih baik.Rasanya tidak malah ia menjadi semakin dahsyat akibat tindakan pemimpin yang angkuh.Perang semakin menjadi-jadi,yang kuat terus menindas yang lemah.Baru-baru ini gempa sederhana melanda Amerika Syarikat setelah beberapa siri gempa melanda benua Amerika.Mungkinkah akan berlaku gempa berskala besar di A.S,para sainstis tidak menolak kemungkinan ini.Jika ini berlaku mungkinkah corak politik dunia akan berubah?

Rabu, 10 Ogos 2011

12 MELAYU DI GEREJA MCDC DIDEDAHKAN

Wednesday, August 10, 2011

XKLUSIF : 12 MELAYU DI GEREJA MCDC DIDEDAHKAN !! SEBARKAN

PENDAHALUAN

kisah ini adalah penjelasan lengkap mengenai operasi pemeriksaan 12 orang islam di gereja yang dijalankan pada 2 ogos 2011  beralamat di dewan 3, damansara utama methodist church (dream center) jalan 13/1,seksyen 13 ,46700 petaling jaya ,selangor de.

LATAR BELAKANG

pemeriksaan dibuar berdasarkan maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang islam ke majlis berbuka puasa yang dinamakan 'thanksgiving diner program itenary' seperti alamat di atas.

tindakan berdasarkan seksyen 10 enakmen jenayah syariah (negeri selangor) tahun 1955 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina agama islam.

siasatan juga dibuat mengikut enakmen agama bukan islam (kawalan perkembangan di kalangan orang islam ) negeri selangor tahun 1988.

program ini disyaki bertujuan untuk menyambut orang islam berbuka puasa dan meraikan thanksgiving.

operasi ini disertai oleh 13 pegawai penguatkuasa agama jabatan agama islam selangor dibantu oleh sepasukan polis diraja malaysia seramai 20 orang daripada IPD petaling jaya dan sea park.

PERLAKSANAAN OPERASI

taklimat dibuat di pejabat jais pada jam 8.40 malam

bergerak ke lokasi dan tiba jam 9.30 malam.

tiba di lokasi keadaan di kawasan tersebut adalah tenang dan anggota terus bergerak ke dewan 3.

jam 9.45 anggota masuk ke dewan. 100 orang ada di dalam dewan.

semasa pemeriksaan, kelihatan seorang pemuda telah melakukan pengucapan awam di atas pentas, di depan tetamu yang hadir.

anggota didatangi oleh wanita bernama tag 'sofea' dan meminta anggota membuat perbincangan di luar dewan.

anggota pdrm dan jais yang tela memasuki dewan diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan. selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan.

sedikit pertelingkahan berlaku antara anggota dan penganjur.

anggota telah meminta buku pendaftaran peserta program untuk memeriksa kehadiran orang islam di majlis tersebut. pada awalnya, penganjur memberitahu tiada orang islam hadir di majlis tersebut.

maklumat pendaftaran diperolehi tanpa kerjasama dari penganjur. anggota akhirnya memperolehi tentatif program. terdapat di dalam tentatif tersebut nyanyian lagu 'alhamdulillah dan allahuakbar'.

terdapat juga satu borang kuiz islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir.
sementara itu, anggota yang menjaga ointu dibelakang premis mendapati beberapa orang yang disyaki orang islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang.

setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar dari dewan.

12 ORANG ISLAM YANG DIKENALPASTI

1) nadeane binti che mohd salleh (sofea) . 
ic 79xxxx-01-6094

2) muhammad khairul dhillon bin abdullah
ic 69xxxx-08-6039

3) ina reima fitriza binti mahadzir
ic 85xxxx-71-5018

4) ade andrian putra bin mahadzir
ic 94xxxx-02-5609

5) nea reima mareana binti mahadzir
ic 90xxxx-02-5778

6) rasyidah binti abd razak
ic 77xxxx-01-5908

7)nur umrah binti abd razak
ic 95xxxx-01-6002

8) mohd haslan bin bob hasnan
ic 80xxxx-10-5045

9) faridah binti abdul rahman
ic 71xxxx-12-5478

10) nur al ashikin bt shaikh dawood
72xxxx-10-5072

11) faridah bt abdul latep
ic 72xxxx-71-5256

12) sahrunida bt assad
ic 81xxxx-08-6246

terdapat ibu bapa yang beragama islam membawa anak-anak kecil.

ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK

jemputan secara tertutup walaupun peserta yang ingin hadir itu di kalangan orang yang bukan islam.

peserta islam (3 orang) dibawa keluar jalan belakang secara senyap.

nyanyian 'alhamdulillah dan allahuakbar'  dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya (gereja).

soalan kuiz islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.

majlis tersebut disyaki bertujuan untuk menarik orang islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti ;

- bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan.

-baju yang dipakai oleh bukan islam adalah baju kebaya,kebangsaan dan kurung.

-cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur.

-majlis diadakan di premis kristus.

-salah seorang peserta ditanya lisan oleh anggota penguatkuasa berhubung agamanya. jawapannya 'i believe in god'.

FAKTA TAMBAHAN

tiada serbuan dilakukan oleh anggota, sebaliknya rundingan.

(sebarkan fakta in kepada seluruh umat islam di malaysia ) PENTING
ARTIKEL OLEH GERAKAN ANTI PKR Tahniah atas pendedahan ini oleh GAP

Ahad, 24 Julai 2011

MAJLIS PEGUAM DERHAKA

Majlis peguam secara terang-terangan menetang laporan Suruhanjaya Diraja.Ini bermakna mereka telah secara terang-terangan telah melakukan penentangan terhadap YANG DIPERTUAN AGONG.Laporan oleh Suruhanjaya Diraja telah diperkenankan oleh Baginda.Jadi kepada sesiapa yang menentang keputusan ini maka mereka ini telah derhaka kepada YDP Agong.Majlis Peguam harus diambil tindakan sebelum mereka melakukan lebih banyak kerosakan.Selama ini banyak kenyataan dari majlis peguam yang berbau hasutan dan menentang kerajaan.KDN harus bertindak dengan lebih tegas,Dato Hishammuddin jangan hanya memberi amaran saja tanpa tindakan.Kerana amaran sajalah mereka dan pemimpin-pemimpin pembangkang semakin berani mempermainkan pihak berkuasa,ada yang secara sengaja menjatuhkan imej PDRM dengan memfitnah tetapi tiada tindakan diambil.Pemimpin Bersih 2.0 yang menentang titah YDP Agong,sehingga artikel ini ditulis masih belum nampak ada tanda-tanda akan dikenakan tindakan.Malah mereka menyatakan akan mengadakan Bersih 3.0 pula.Adakah KDN mahu menunggu berlaku pertumpahan darah barulah terhegeh-hegeh mahu bertindak.Ini adalah kerana pihak PERKASA,AHLI PERSATUAN SILAT,PEMUDA UMNO dan NGO-NGO yang menentang Bersih menyatakan mereka tidak akan berdiam diri lagi jika Bersih 3.0 direalisasikan.Jadi Dato Hishammuddin bertindaklah segera sebelum terlewat.Banyak blog yang pro kerajaan menyatakan kekecewaan mereka terhadap KDN atas kelemahan mereka.AKTA ISA diwujudkan agar ketenteraman awam terpelihara dan negara terhindar dari ancaman dalaman.Dan walaupun ketenteraman awam tergugat pada 9/7 dan negara diancam dari dalam oleh anasir yang mengugat kerajaan.Tetapi ironinya KDN hanya memberi amaran tanpa ada tindakan terhadap mana-mana pihak....

Khamis, 21 Julai 2011

MAT SABU PENIPU

Baru sebentar tadi pihak Polis menayangkan rakaman video kepada wakil media dan juga NGO.Pihak polis turut menjawap tuduhan oleh timbalan presiden PAS Mat Sabu bahawa beliau telah dirempuh 4WD Polis.Bukti video itu jelas menunjukkan 4WD itu tidak merempuh Mat Sabu sebaliknya beliau jatuh sendiri.Malah anggota polis tersebut bergegas membantu setelah menyedari bahawa ada kemalangan dibelakang mereka.Sikap anggota polis ini wajar dipuji walaupun ketika itu mereka sedang sibuk bertugas mengawal ketenteraman K.L akibat demo haram.Tetapi madu dibalas tuba apabila Mat Sabu menuduh Polis merempuh beliau.Tidak cukup dengan itu beliau sanggup berkerusi roda dalam sidang media sehari selepas kejadian kononnya kecederaannya sangat parah.Beginikah sikap seorang pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam.Atau bukti ini tidak mencukupi kerana ianya besi??????????

Khamis, 14 Julai 2011

MENGAPA YAHUDI BIJAK?KAJIAN OLEH DR.STEPHEN CARR LEON


 Kajian ini dilakukan oleh beliau ketika menjalani Housemanship dibeberapa hospital di Israel.Beliau menjadikan ini sebagai Tesis pengajiannya.Memang tidak dapat dinafikan ramai cendiakawan berbangsa yahudi dalam segala bidang.Kejuruteraan,muzik,sains dan yang paling hebat perniagaan.Hampir 70% perniagaan didunia dikuasai oleh kaum yahudi.Ketika tahun kedua ,akhir bulan disember 1980 sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum yahudi begitu pintar.Maka dari situ saya menjadikan ia sebagai tesis untuk Phd saya,disamping untuk kebaikan dan keharmonian sejagat.Tesis ini mengambil masa selama 8 tahun,ini kerana untuk mengumpulkan data-data setepat mungkin.Antara data-data yang dikumpulkan termasuk pemakanan,adat resam,agama,persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya.Data-data tersebut saya bandingkan dengan bangsa-bangsa lain di dunia.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.Di Israel,setelah mengetahui seorang wanita itu hamil maka si ibu itu akan sering bermain piano dan membuat penyelesaian matematik bersama suami.Ini adalah untuk melatih otak anak yang sedang dikandungnya,agar anak itu menjadi bijak apabila dewasa kelak.Latihan matematik ini akan dilakukan secara berterusan sehingga anak itu dilahirkan.Dari segi pemakanan pula,sejak awal mengandung mereka mengamalkan makan kurma,kacang badam dan susu,manakala ikan tanpa kepala menjadi hidangan utama disamping salad yang digaul bersama kekacang.Ini kerana daging ikan amat baik untuk perkembangan otak.Kepala ini tidak dibolehkan kerana ia mengandungi bahan kimia yang merosakkan perkembangan otak.Kerana itu bagi orang yahudi adalah menjadi kewajipan untuk mereka mengambil pil minyak ikan.Dalam menu seharian orang yahudi ikan adalah pilihan utama(tanpa kepala),manakala salad dan kekacang adalah satu kemestian.Suatu perkara yang pelik ialah mereka akan makan buah-buahan dahulu sebelum hidangan utama.Menurut mereka ,dengan memakan hidangan kabohidrat(nasi/roti) dahulu kemudian buah akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah ini akan menjadikan kita sukar untuk memahami pelajaran di sekolah.Merokok pula adalah dilarang sama sekali,menurut kajian yang dijalankan oleh saintis yahudi nikotin yang terdapat dalam rokok akan menyebabkan kerosakan pada sel otak utama dan akanmelekat pada genes,ini bermakna keturunan perokok itu akan menjadi lembab.Tetapi ironinya pengeluar rokok terbesar dunia dimiliki oleh yahudi.Kanak-kanak yahudi pada peringkat awal persekolahan,pemakanan mereka dikawal dengan ketat,makanan awal mereka adalah buah-buahan dankacang badam,diikuti dengan pil minyak ikan.Pada peringkat ini mereka dilatih bermain piano dan violin.Menurut mereka bermain muzik dan memahami notanya dapat meningkatkan IQ kanak-kanak,seterusnya menjadikan mereka lebih pintar.Ini kerana getaran muzik dapat merangsang sel-sel otak dan menjadikan ia lebih aktif.Diperingkat sekolah rendah pula,kanak-kanak ini diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.Sukan pula menjadi kewajipan dan memanah,menembak serta berlari adalah yang paling utama.Sukan tersebut dalam melatih otak menjadi lebih fokus.Diperingkat menengah pula murid ditekankan pada sains&matematik.Mereka digalakkan mencipta produk,walaupun kadangkala produk itu kelihatan lucu ia tetap diberi perhatian yang serius,seterusnya idea mereka ini akan dihantar ke university untuk kajian lanjut.Diuniversiti pula fakulti perniagaan diberikan perhatian khusus.Pada tahun akhir setiap kumpulan 10 orang pelajar akan melakukan projek mereka hanya akan lulus jika mendapat keuntungan USD 1 juta.Anda terkejut ?Itulah kenyataannya jadi tidak hairanlah yahudi menguasai separuh dari ekonomi dunia.Diakhir tesis beliau menyatakan semua orang dapat melahirkan anak yang genius tetapi perlulah memahami bagaimana untuk menjayakan.Dan usaha ini memerlukan masa dan pengorbanan dari ibu-bapa itu sendiri.Selain system pendidikan yang baik.

Isnin, 11 Julai 2011

PENDERHAKAAN TERHADAP YANG DIPERTUAN AGONG

Bersih 2.0 pendemo majoriti orang Melayu.Dimanakah hilangnya kesetiaan kepada Raja.Raja telah bertitah agar demo jalanan ini dibatalkan tetapi ia tetap diteruskan menyebabkan K.L lumpuh seketika.Kerugian pula dianggarkan bernilai jutaan RM.Peniaga pasar malam dan premis perniagaan Jalan TAR pula rugi hampir RM 1 juta.Majoriti peniaga disini adalah Melayu.Sedih apabila Melayu mengkhianati bangsanya sendiri.Kesal melihat Pakcik&Makcik yang dibawa dari luar K.L untuk berdemo.Mereka ini terlalu taksub kepada pemimpin yang berlagak seperti ulama tetapi selalu mengeluarkan kenyataan mengelirukan.Dulu mereka menyatakan Pengerusi Bersih musuh Islam,kini mereka menyokong pula dia ini.Anwar adalah yang paling hebat antara mereka ini dia Penderhaka terhebat juga Pelakon terhebat.Lakonan ketika ditangkap dulu kononnya sakit bakal berulang kini.Kerana ketika berdemo dia menuduh pihak PDRM telah mencederakan beliau jadi neck colar dipakai kononnya dia cedera parah.Hakikatnya dia cuma cedera ringan.Inilah Penipu Terhebat.Pihak Polis harus mengambil tindakan yang sewajarnya kepada dalang demo haram ini kerana mereka dengan jelas telah menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong.Gunakan ISA kerana mereka ini telah mengancam keselamatan Negara Malaysia.

Khamis, 7 Julai 2011

DEMO BERSIH DALAM STADIUM????

Benarkah Bersih akan berdemo dalam stadium atau ia hanya helah untuk memperdayakan rakyat jelata.Adakah juak-juak pendemo jalanan ini akur Titah Yang Dipertuan Agong.Sejarah membuktikan bahawa mereka ini sanggup menderhaka kepada Sultan,seperti yang berlaku di Perak.Yang lebih mengaibkan orang-orang Melayu sendiri yang menderhaka.Pihak PDRM perlu bertindak seperti yang dirancang sebelum ini dan jangan leka dengan taktik mereka ini yang berhasrat menimbulkan huru-hara di Kuala Lumpur.
Kesan dari demonstrasi jalanan ini telah pun mula dirasai kini apabila pengguna mula membuat pembelian panik dan jika ini berterusan maka harga barang keperluan akan meningkat dan menyusahkan rakyat jelata.Malah beberapa premis perniagaan besar telah merancang menutup premis mereka pada hari berkenaan.Penjaja kecil di kawasan berkenaan pula kini berbelah bahagi samaada berniaga seperti biasa atau menutup premis mereka.Agaknya berapakah kerugian yang harus ditanggung oleh mereka pada hari berkenaan?Lebih malang kebanyakan peniaga dikawasan yang tersebut adalah Melayu.Amat mendukacitakan apabila orang Melayu mengkhianati Bangsanya sendiri.Kepada mereka yang berlagak kononnya alim dengan berjubah dan berkopiah tetapi menjerit -jerit menghina orang lain dan berarak beramai-ramai,ingatlah bahawa anda telah menyusahkan dan menyekat rezeki orang lain.Janganlah anda hanya tahu mengikut telunjuk orang lain tanpa usul periksa.Jangan nanti kita menjadi seperti PAK KADUK menang sorak kampung tergadai.

Khamis, 23 Jun 2011

MELAPETAKA 9 JULAI 2011

Bersih 2.0 yang kononnya mahu berdemo agar Pilihanraya di MALAYSIA telus hanyalah retorik.Tujuan sebenarnya adalah untuk mencetuskan keadaan huru-hara yang seterusnya akan digunakan bagi tujuan politik individu yang terlalu dahagakan kuasa.Tidak dapat dengan cara yang baik maka demo ini digunakan,dengan harapan rakyat akan menyertainya dan seterusnya akan menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.Majlis peguam yang sepatutnya bersikap berkecuali secara terang-terang menyokong Bersih.Penganjur Bersih harus ditahan dibawah ISA kerana cuba menghasut rakyat menentang Kerajaan.Walaupun diberi pilihan untuk mengadakannya di stadium tetapi mereka tetap berdegil untuk berdemo dijalanan.Ini menunjukkan mereka ini memang berniat mencetuskan keadaan tidak aman dinegara ini.Seharusnya Dato Hissammudin perlu lebih berani dan tegas menghadapi mereka yang tidak mengenang budi ini.
Jadi kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan kita boikot dan jangan sertai demo yang mengarut ini.......

Isnin, 20 Jun 2011

HARI YANG MENARIK

Hari ini agak terlewat ke tempat kerja.Malam tadi menonton NTV 7 cerita The Man Who Came Back yang tamat jam 1 pagi.Filem yang menarik kisah seorang suami dan bapa yang kembali dari kematian??untuk membalas dendam atas kematian isteri dan anaknya.7.55 baru sampai kat ofis,sistem baru yang menggunakan palm reader menyebabkan semua orang perlu sampai on-time,kalau tak alamatnya cukup bulan kena la menjawap dengan boss ha..ha..haa..Kadang-kadang teknologi ni menyakitkan hati.Pukul 3 nak balik kena training pulak sudahnya jam 4 petang baru balik.Sampai rumah segala kepenatan bekerja seharian hilang apabila terpandang wajah 3 orang anakku serta keletah mereka.Syukur kehadrat ilahi kerana mengurniakan zuriat yang comel dan sihat.Esok rancangannya mahu membawa keluarga pergi ke Taman Rekreasi untuk bersantai.

Rabu, 30 Mac 2011

MUSIM DURIAN TIBA LAGI



 Musim Raja Buah datang lagi,kepada yang berada diperantauan inilah masanya kita semua pulang kekampung halaman untuk menziarahi orang tua kita Tambah kapsyensambil menikmati kelazatan buah durian.




 Kegembiraan anak-anak dapat pergi ke dusun durian Datuk mereka untuk mengutip buah durian.






Selasa, 15 Mac 2011

Rabu, 9 Mac 2011

KEMALANGAN NGERI

keadaan gelap sejurus kemalangan
anggota bomba terpaksa menggunakan spotlight dari jentera
kepala lori remuk
Sebentar tadi lebih kurang 8pm telah berlaku satu kemalangan di MRR2 berhampiran susur keluar ke Pandan Indah.Akibat kecuaian pihak Kontraktor pembinaan lebuhraya,yang tidak memasang lampu menyebabkan jalan disitu gelap,yang lebih memburukkan keadaan jalan ini amat mengelirukan.Telah banyak kemalangan berlaku disini.Jadi kepada pengguna MRR2 berhati-hatilah ketika melalui jalan ini.Lori yang terlibat membawa muatan ikan segar,tetapi amat menyedihkan apabila penghuni flet berhampiran serta pengguna jalanraya mengambil kesempatan mencuri ikan berkenaan.Kenapa manusia zaman ini bersikap demikian?????

Isnin, 28 Februari 2011

ANGKARA YAHUDI

Pergolakan di beberapa negara Timur Tengah amat membimbangkan dunia Islam.Negara yang dahulunya amat lantang bersuara mengenai Palestin kini diambang kehancuran akibat perebutan kuasa.Tetapi siapakah sebenarnya yang merancang semua ini?Dan apakah tujuannya?Pada pendapat saya ini semua berpunca dari yahudi dan boss besar mereka.Tujuannya tak lain tak bukan untuk melemahkan dunia Arab agar mereka senang mengawal situasi disana.Israel pula akan lebih terjamin kedudukan mereka.Manakala golongan penentang ini disokong oleh Yahudi.Sebaik saja golongan ini berkuasa maka Yahudi akan menjadikan mereka boneka yang akan mengikut telunjuk Yahudi.Jadi sama-samalah kita menjaga ketenteraman di Malaysia agar negara kita tidak menjadi seperti di negara Arab.Walaupun begitu telah ada individu yang mempergunakan kumpulan tertentu untuk mencetuskan huru-hara,seperti yang berlaku pada ahad lalu.Tetapi tindakan pantas Polis telah menggagalkan usaha mereka ini.Diharap pihak Polis bertindak dengan lebih tegas pada masa akan datang,mencegah adalah lebih baik dari mengubati.Dalangnya seharus ditahan dibawah ISA agar kumpulan ini lumpuh sepenuhnya.

Isnin, 14 Februari 2011

MELAYU PULAU PINANG MAKIN TERHIMPIT

Apa yang berlaku kini di Pulau Mutiara amatlah kejam.Kerajaan Lim Guan Eng telah memulakan proses untuk menyingkirkan peniaga Melayu.LGE mahu supaya ekonomi di PP dikuasai sepenuhnya oleh peniaga cina.Buktinya kenapa hanya penjaja Melayu & India saja yang dirobohkan gerai mereka sedangkan peniaga cina yang menghalang lalu lintas tidak pula diambil tindakan,malah pihak berkuasa sanggup menutup jalan itu agar mereka dapat berniaga dengan lebih selesa.Jadi saya menyarankan kepada Melayu di PP agar bersatu hati menentang kekejaman ini.Ketepikan kepentingan politik dan bersama-sama menentang kezaliman oleh pemimpin yang tidak berperikemanusiaan.

Jumaat, 28 Januari 2011

NIK AZIZ MERAPU LAGI

Mursyidul am PAS sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan.Beliau menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengundi PAS dalam PRK DUN Tenang sebagai orang JAHILIAH.Siapa Nik Aziz yang sewenang-wenangnya boleh menyatakan demikian.Apakah ini orangnya yang dianggap sebagai Tok Guru oleh ahli PAS tetapi tidak dapat berfikir dengan waras sebelum mengeluarkan kenyataan.Anak buahnya pula pernah menyatakan haram mengundi calon BN.Nampaknya PAS kini telah menjadi parti pengeluar fatwa palsu.
Jadi fikirkanlah sendiri terutama pengundi DUN Tenang janganlah kita diperbodohkan oleh insan-insan yang kononnya beriman tetapi sebenarnya hanya mahu berkuasa,mereka-mereka ini menggunakan dan mencemarkan kesucian ISLAM untuk mencapai hasrat yang terpendam sekian lama.Malah tidak salah bagi mereka untuk bersekongkol dengan DAP yang secara terang dan jelas menolak ISLAM.


Isnin, 17 Januari 2011

PRESIDEN PAS PEMIMPIN NYAMUK

DSAI meyerahkan perdebatan dengan Umi Hafilda kepada Haji Hadi.Ini amat mengejutkan kerana dalam kenyataan beliau sebelum ini menyatakan "Umi Hafilda hanyalah nyamuk",jadi Presiden PAS ini boleh disifatkan sebagai pemimpin nyamuk atau penghalau nyamuk kah.....kah..kah...DSAI telah menghina Presiden Pas ini secara halus dan yang lebih menghairankan kenapa pula Hadi Awang menerima tanpa usul periksa.Adakah beliau tahu mengenai kes DSAI?????Sepatutnya Karpal Singh lebih layak berdebat mengenai isu ini kerana beliau lebih tahu mengenai kes ini.Karpal adalah peguam bela dan juga pendakwaraya(pada mula kes dibuka) jadi sudah tentu dia lebih tahu mengenai kes ini.Jadi persoalannya kenapa DSAI memilih HADI bukan KARPAL......Pada saya satu sahaja sebabnya DSAI memerlukan sokongan DAP jadi Karpal tidak boleh dihina.Manakala Hadi pula pada beliau lebih senang diuruskan,mengikut sahaja telunjuk beliau walaupun dimalukan,dan penyokong PAS pula hanya mengikut sahaja rentak pemimpin mereka tanpa ada apa-apa persoalan.Jadi pada pengikut tegar PAS janganlah mengikut membuta-tuli,tanamkan dalam minda anda KENAPA/MENGAPA sebelum membuat sesuatu keputusan.TQ maaf jika tulisan ini menyinggung hati mana-mana pihak.

Khamis, 13 Januari 2011

PELAN 100 HARI ATAU PELAN BUNUH DIRI

Pelan 100 hari yang dirangka oleh Pakatan Rakyat atau\lebih tepat dirangka oleh DSAI akan menyebabkan negara ini hancur.Ini berasaskan analisis oleh pakar-pakar ekonomi.Tiadanya kertas kerja terperinci yang dibentangkan menunjukkan DSAI hanya bercakap tanpa fakta dan lebih menjurus sebagai janji politik yang akhirnya tidak akan dapat dilaksanakan.Kerana terdesak untuk meraih sokongan maka apa sahaja akan dijanjikan asalkan dia mendapat apa yang selama ini didambakannya.Setelah gagal dalam misi 16 sept yang merupakan satu lagi pembohongan dari banyak pembohongan,maka kali ini DSAI sanggup melakukan apa sahaja hatta negara menjadi taruhan.Kepada penyokong DSAI kembalilah berpijak dibumi yang nyata,jangan hanya mengikut telunjuk pemimpin yang tidak bermoral dan gemar berbohong.Lihat saja apa terjadi kepada selangor,banyak janji pilihanraya yang masih tidak direalisasikan.Malah banyak syarikat milik orang MELAYU yang gulung tikar.Sebagai contoh konsesi pasir yang dikawal kerajaan negeri selangor menyebabkan pengusaha Melayu dipinggirkan dan diberikan kepada kroni-kroni DAP.Di Pulau Pinang pula peniaga Melayu ditindas,gerai mereka dirobohkan dan tidak dibenarkan menjalankan perniagaan.Tetapi peniaga cina langsung tidak diusik malah membenarkan jalan ditutup agar mereka dapat beroperasi dengan lancar.
WAHAI BANGSAKU KEMBALILAH BERSATU AGAR BANGSAKU INI TIDAK DITINDAS.

Isnin, 10 Januari 2011

AHLI MAJLIS DI AMPANG ARAH PEROBOHAN????

MPAJ meroboh dan merampas barangan di Flat LC 700 Pandan Perdana hari ini 11/1/11. Kejadian pada pagi ini menyebabkan kesemua peniaga menanggung kerugian serta hilang punca pendapatan.Ini adalah kejadian kedua setelah kali pertama perobohan dilakukan 3 bulan lalu.
Peniaga diarahkan menyewa di premis berhampiran,tetapi keengganan peniaga berpindah kerana faktor sewa yang tinggi menyebabkan kejadian pagi ini berlaku.
Yang menjadi persoalan sekarang ialah selama lebih kurang 8 tahun berniaga di dalam kawasan flat kenapa setelah kerajaan negeri diambil alih oleh PR perkara ini berlaku.Peniaga ini hanyalah peniaga kecil yang tidak mampu menyewa.Malah peniaga pisang goreng turut menjadi mangsa apabila gerainya dimusnahkan.
Apakah ada agenda tersembunyi disebalik arahan ini.Siapakah pemilik premis yang akan mendapat keuntungan dari hasil penyewaan ini?
                                                  Milik siapakah premis ini?????

                                    Meningalkan kawasan flat setelah merampas barangan