Ahad, 25 September 2011

DUNIA SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNG

Dalam masa 5 tahun kebelakangan ini semakin banyak gempa bumi berskala besar yang terjadi.Malah gempa berskala kecil telah meningkat berkali ganda dari sebelumnya.Para sainstis meramalkan akan berlaku gempa berskala besar yang akan membawa kemusnahan yang dahsyat pada awal 2012.Dan mereka menjangkakan gempa ini akan mengubah dunia dari segenap segi samaada ekonomi,geografi dan sebagainya.
Persoalannya adakah umat manusia sejagat akan mampu berubah menjadi lebih baik selepas itu.Setelah beberapa siri gempa yang mengorbankan ratusan ribu nyawa adakah dunia menjadi lebih baik.Rasanya tidak malah ia menjadi semakin dahsyat akibat tindakan pemimpin yang angkuh.Perang semakin menjadi-jadi,yang kuat terus menindas yang lemah.Baru-baru ini gempa sederhana melanda Amerika Syarikat setelah beberapa siri gempa melanda benua Amerika.Mungkinkah akan berlaku gempa berskala besar di A.S,para sainstis tidak menolak kemungkinan ini.Jika ini berlaku mungkinkah corak politik dunia akan berubah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan