Jumaat, 28 Januari 2011

NIK AZIZ MERAPU LAGI

Mursyidul am PAS sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan.Beliau menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengundi PAS dalam PRK DUN Tenang sebagai orang JAHILIAH.Siapa Nik Aziz yang sewenang-wenangnya boleh menyatakan demikian.Apakah ini orangnya yang dianggap sebagai Tok Guru oleh ahli PAS tetapi tidak dapat berfikir dengan waras sebelum mengeluarkan kenyataan.Anak buahnya pula pernah menyatakan haram mengundi calon BN.Nampaknya PAS kini telah menjadi parti pengeluar fatwa palsu.
Jadi fikirkanlah sendiri terutama pengundi DUN Tenang janganlah kita diperbodohkan oleh insan-insan yang kononnya beriman tetapi sebenarnya hanya mahu berkuasa,mereka-mereka ini menggunakan dan mencemarkan kesucian ISLAM untuk mencapai hasrat yang terpendam sekian lama.Malah tidak salah bagi mereka untuk bersekongkol dengan DAP yang secara terang dan jelas menolak ISLAM.


Isnin, 17 Januari 2011

PRESIDEN PAS PEMIMPIN NYAMUK

DSAI meyerahkan perdebatan dengan Umi Hafilda kepada Haji Hadi.Ini amat mengejutkan kerana dalam kenyataan beliau sebelum ini menyatakan "Umi Hafilda hanyalah nyamuk",jadi Presiden PAS ini boleh disifatkan sebagai pemimpin nyamuk atau penghalau nyamuk kah.....kah..kah...DSAI telah menghina Presiden Pas ini secara halus dan yang lebih menghairankan kenapa pula Hadi Awang menerima tanpa usul periksa.Adakah beliau tahu mengenai kes DSAI?????Sepatutnya Karpal Singh lebih layak berdebat mengenai isu ini kerana beliau lebih tahu mengenai kes ini.Karpal adalah peguam bela dan juga pendakwaraya(pada mula kes dibuka) jadi sudah tentu dia lebih tahu mengenai kes ini.Jadi persoalannya kenapa DSAI memilih HADI bukan KARPAL......Pada saya satu sahaja sebabnya DSAI memerlukan sokongan DAP jadi Karpal tidak boleh dihina.Manakala Hadi pula pada beliau lebih senang diuruskan,mengikut sahaja telunjuk beliau walaupun dimalukan,dan penyokong PAS pula hanya mengikut sahaja rentak pemimpin mereka tanpa ada apa-apa persoalan.Jadi pada pengikut tegar PAS janganlah mengikut membuta-tuli,tanamkan dalam minda anda KENAPA/MENGAPA sebelum membuat sesuatu keputusan.TQ maaf jika tulisan ini menyinggung hati mana-mana pihak.

Khamis, 13 Januari 2011

PELAN 100 HARI ATAU PELAN BUNUH DIRI

Pelan 100 hari yang dirangka oleh Pakatan Rakyat atau\lebih tepat dirangka oleh DSAI akan menyebabkan negara ini hancur.Ini berasaskan analisis oleh pakar-pakar ekonomi.Tiadanya kertas kerja terperinci yang dibentangkan menunjukkan DSAI hanya bercakap tanpa fakta dan lebih menjurus sebagai janji politik yang akhirnya tidak akan dapat dilaksanakan.Kerana terdesak untuk meraih sokongan maka apa sahaja akan dijanjikan asalkan dia mendapat apa yang selama ini didambakannya.Setelah gagal dalam misi 16 sept yang merupakan satu lagi pembohongan dari banyak pembohongan,maka kali ini DSAI sanggup melakukan apa sahaja hatta negara menjadi taruhan.Kepada penyokong DSAI kembalilah berpijak dibumi yang nyata,jangan hanya mengikut telunjuk pemimpin yang tidak bermoral dan gemar berbohong.Lihat saja apa terjadi kepada selangor,banyak janji pilihanraya yang masih tidak direalisasikan.Malah banyak syarikat milik orang MELAYU yang gulung tikar.Sebagai contoh konsesi pasir yang dikawal kerajaan negeri selangor menyebabkan pengusaha Melayu dipinggirkan dan diberikan kepada kroni-kroni DAP.Di Pulau Pinang pula peniaga Melayu ditindas,gerai mereka dirobohkan dan tidak dibenarkan menjalankan perniagaan.Tetapi peniaga cina langsung tidak diusik malah membenarkan jalan ditutup agar mereka dapat beroperasi dengan lancar.
WAHAI BANGSAKU KEMBALILAH BERSATU AGAR BANGSAKU INI TIDAK DITINDAS.

Isnin, 10 Januari 2011

AHLI MAJLIS DI AMPANG ARAH PEROBOHAN????

MPAJ meroboh dan merampas barangan di Flat LC 700 Pandan Perdana hari ini 11/1/11. Kejadian pada pagi ini menyebabkan kesemua peniaga menanggung kerugian serta hilang punca pendapatan.Ini adalah kejadian kedua setelah kali pertama perobohan dilakukan 3 bulan lalu.
Peniaga diarahkan menyewa di premis berhampiran,tetapi keengganan peniaga berpindah kerana faktor sewa yang tinggi menyebabkan kejadian pagi ini berlaku.
Yang menjadi persoalan sekarang ialah selama lebih kurang 8 tahun berniaga di dalam kawasan flat kenapa setelah kerajaan negeri diambil alih oleh PR perkara ini berlaku.Peniaga ini hanyalah peniaga kecil yang tidak mampu menyewa.Malah peniaga pisang goreng turut menjadi mangsa apabila gerainya dimusnahkan.
Apakah ada agenda tersembunyi disebalik arahan ini.Siapakah pemilik premis yang akan mendapat keuntungan dari hasil penyewaan ini?
                                                  Milik siapakah premis ini?????

                                    Meningalkan kawasan flat setelah merampas barangan