Isnin, 10 Januari 2011

AHLI MAJLIS DI AMPANG ARAH PEROBOHAN????

MPAJ meroboh dan merampas barangan di Flat LC 700 Pandan Perdana hari ini 11/1/11. Kejadian pada pagi ini menyebabkan kesemua peniaga menanggung kerugian serta hilang punca pendapatan.Ini adalah kejadian kedua setelah kali pertama perobohan dilakukan 3 bulan lalu.
Peniaga diarahkan menyewa di premis berhampiran,tetapi keengganan peniaga berpindah kerana faktor sewa yang tinggi menyebabkan kejadian pagi ini berlaku.
Yang menjadi persoalan sekarang ialah selama lebih kurang 8 tahun berniaga di dalam kawasan flat kenapa setelah kerajaan negeri diambil alih oleh PR perkara ini berlaku.Peniaga ini hanyalah peniaga kecil yang tidak mampu menyewa.Malah peniaga pisang goreng turut menjadi mangsa apabila gerainya dimusnahkan.
Apakah ada agenda tersembunyi disebalik arahan ini.Siapakah pemilik premis yang akan mendapat keuntungan dari hasil penyewaan ini?
                                                  Milik siapakah premis ini?????

                                    Meningalkan kawasan flat setelah merampas barangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan