Isnin, 20 Jun 2011

HARI YANG MENARIK

Hari ini agak terlewat ke tempat kerja.Malam tadi menonton NTV 7 cerita The Man Who Came Back yang tamat jam 1 pagi.Filem yang menarik kisah seorang suami dan bapa yang kembali dari kematian??untuk membalas dendam atas kematian isteri dan anaknya.7.55 baru sampai kat ofis,sistem baru yang menggunakan palm reader menyebabkan semua orang perlu sampai on-time,kalau tak alamatnya cukup bulan kena la menjawap dengan boss ha..ha..haa..Kadang-kadang teknologi ni menyakitkan hati.Pukul 3 nak balik kena training pulak sudahnya jam 4 petang baru balik.Sampai rumah segala kepenatan bekerja seharian hilang apabila terpandang wajah 3 orang anakku serta keletah mereka.Syukur kehadrat ilahi kerana mengurniakan zuriat yang comel dan sihat.Esok rancangannya mahu membawa keluarga pergi ke Taman Rekreasi untuk bersantai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan