Khamis, 7 Julai 2011

DEMO BERSIH DALAM STADIUM????

Benarkah Bersih akan berdemo dalam stadium atau ia hanya helah untuk memperdayakan rakyat jelata.Adakah juak-juak pendemo jalanan ini akur Titah Yang Dipertuan Agong.Sejarah membuktikan bahawa mereka ini sanggup menderhaka kepada Sultan,seperti yang berlaku di Perak.Yang lebih mengaibkan orang-orang Melayu sendiri yang menderhaka.Pihak PDRM perlu bertindak seperti yang dirancang sebelum ini dan jangan leka dengan taktik mereka ini yang berhasrat menimbulkan huru-hara di Kuala Lumpur.
Kesan dari demonstrasi jalanan ini telah pun mula dirasai kini apabila pengguna mula membuat pembelian panik dan jika ini berterusan maka harga barang keperluan akan meningkat dan menyusahkan rakyat jelata.Malah beberapa premis perniagaan besar telah merancang menutup premis mereka pada hari berkenaan.Penjaja kecil di kawasan berkenaan pula kini berbelah bahagi samaada berniaga seperti biasa atau menutup premis mereka.Agaknya berapakah kerugian yang harus ditanggung oleh mereka pada hari berkenaan?Lebih malang kebanyakan peniaga dikawasan yang tersebut adalah Melayu.Amat mendukacitakan apabila orang Melayu mengkhianati Bangsanya sendiri.Kepada mereka yang berlagak kononnya alim dengan berjubah dan berkopiah tetapi menjerit -jerit menghina orang lain dan berarak beramai-ramai,ingatlah bahawa anda telah menyusahkan dan menyekat rezeki orang lain.Janganlah anda hanya tahu mengikut telunjuk orang lain tanpa usul periksa.Jangan nanti kita menjadi seperti PAK KADUK menang sorak kampung tergadai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan