Isnin, 11 Julai 2011

PENDERHAKAAN TERHADAP YANG DIPERTUAN AGONG

Bersih 2.0 pendemo majoriti orang Melayu.Dimanakah hilangnya kesetiaan kepada Raja.Raja telah bertitah agar demo jalanan ini dibatalkan tetapi ia tetap diteruskan menyebabkan K.L lumpuh seketika.Kerugian pula dianggarkan bernilai jutaan RM.Peniaga pasar malam dan premis perniagaan Jalan TAR pula rugi hampir RM 1 juta.Majoriti peniaga disini adalah Melayu.Sedih apabila Melayu mengkhianati bangsanya sendiri.Kesal melihat Pakcik&Makcik yang dibawa dari luar K.L untuk berdemo.Mereka ini terlalu taksub kepada pemimpin yang berlagak seperti ulama tetapi selalu mengeluarkan kenyataan mengelirukan.Dulu mereka menyatakan Pengerusi Bersih musuh Islam,kini mereka menyokong pula dia ini.Anwar adalah yang paling hebat antara mereka ini dia Penderhaka terhebat juga Pelakon terhebat.Lakonan ketika ditangkap dulu kononnya sakit bakal berulang kini.Kerana ketika berdemo dia menuduh pihak PDRM telah mencederakan beliau jadi neck colar dipakai kononnya dia cedera parah.Hakikatnya dia cuma cedera ringan.Inilah Penipu Terhebat.Pihak Polis harus mengambil tindakan yang sewajarnya kepada dalang demo haram ini kerana mereka dengan jelas telah menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong.Gunakan ISA kerana mereka ini telah mengancam keselamatan Negara Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan