Isnin, 15 November 2010

PEMIMPIN PAKATAN SONGSANG ANTI MEDIA

Azizan adalah pemimpin pakatan terbaru yang menghalang wartawan dari beberapa media dari membuat liputan majlis rasmi serta tidak rasmi anjuran mereka.Media ini dilabelkan sebagai pro UMNO atau pro KERAJAAN.Jika dilihat.dari visual yang disiarkan jelas menunjukkan bahawa Azizan rasa bersalah dan cuba menutup kesalahan itu dengan mencetuskan ketegangan pada sidang akhbar berkenaan.Rasanya dia telah berguru dengan Anwar.Jika diteliti Anwar juga akan mencetuskan ketegangan jika wartawan bertanya soalan yang tidak menyenangkan beliau.Cara ini telah digunakan sejak sekian lama oleh Anwar.Sebagai wartawan mereka ini hanya menjalankan tugas untuk melaporkan berita,tetapi seringkali Anwar menuduh mereka ini dibayar untuk menanyakan sesuatu persoalan.Jidi fikirkanlah,adakah mereka ini layak menjadi pemimpin jika sentiasa mahu lari dari masaalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan