Isnin, 15 November 2010

PENGORBANAN

Esok umat Islam akan menyambut satu perayaan yang penting dalam sejarah Islam.Hari Raya Aidil Adha,adakah kita memahami sepenuhnya atau kita menyambutnya dengan mengorbankan binatang ternakan sahaja tanpa memahami kenapa ia dilakukan.Atau lebih teruk lagi kita hanya tahu ia satu lagi hari cuti.Saya tidak mahu menulis hal ini kerana sebagai umat Islam kita seharusnya tahu mengenai perkara ini.Apa yang saya ingin saya coretkan adalah mengenai situasi yang melanda umat Islam di Malaysia sekarang ini.Pada masa sekarang adalah amat jelas kita telah berpecah-belah,kerana politik.Yang nyatanya ada pemimpin yang kononnya mengaku dirinya ulama tetapi mendoakan kecelakaan terhadap saudara seagamanya.Malah ada pemimpin yang mencerca saudaranya sendiri kerana perbezaan fahaman politik.Tetapi mereka yang mengaku memperjuangkan Islam ini mahu pula bekerjasama dengan kafir yang secara jelas memusuhi Islam.Apabila saudara Islam mereka menghulurkan salam persaudaraan mereka menolak mentah-mentah,terutamanya Ulama No.1 itu.Pada hari yang mulia ini saya memanjatkan doa agar beliau dibukakan pintu hatinya agar kembali kepangkal jalan,apatah lagi kini beliau berada di Mekah.Semoga beliau berubah sekembalinya ke Tanahair.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan