Isnin, 8 November 2010

INIKAH PERJUANGAN

Pengeboman 2 buah masjid di Pakistan baru-baru mengejutkan kita semua.Apatah lagi ia dilakukan oleh Taliban,sebuah pertubuhan yang mengaku ia memperjuangkan ISLAM.Bagaimana mereka ini sanggup memusnahkan Rumah ALLAH serta membunuh saudara mereka sendiri.Inilah yang berlaku jika kita tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya.Ketaksuban terhadap seorang pemimpin boleh menghancurkan Iman dan Akidah seseorang.Jika kita mengamalkan Islam yang sebenarnya semua ini dapat dielakkan.Diserata dunia umat Islam masih lagi bermusuh dan berbunuhan sesama sendiri dengan satu tujuan iaitu KUASA.Saya berharap umat Islam di Malaysia tidak menjadi seperti ini.Walaupun begitu dari pemerhatian saya,sudah ada bibit-bibit ketaksuban terhadap pemimpin wujud dikalangan umat Islam disini.Mereka-mereka ini sanggup melakukan apa sahaja demi untuk pemimpin mereka.Apa sahaja yang diucapkan oleh pemimpin mereka akan diikut tanpa memikirkan ia salah atau betul.Sehingga sanggup bermusuhan akibat berlainan fahaman politik.Saya berharap agar perkara ini tidak berkembang yang seterusnya menjadi ancaman terhadap keamanan di Negara kita.Seperti yang berlaku di negara luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan