Sabtu, 23 Oktober 2010

PERHIMPUNAN AGONG UMNO

Hari ini dalam ucapan penggulungannya DS Najib Presiden UMNO telah sekali lagi memberi jaminan bahawa hak orang MELAYU & BUMIPUTRA tidak akan tergugat walau apa sekalipun yang terjadi.
Saya secara peribadi amat merasa lega atas jaminan yang diberikan oleh PERDANA MENTERI MALAYSIA.
Ucapan penggulungan itu turut mengajak umat MELAYU agar bergerak kehadapan dari semua segi terutamanya dari segi ekonomi.Jumlah pemilikan ekuiti MELAYU belum lagi mencapai sasaran 30%.Dimanakah silapnya DEB atau kita sendiri yang tidak cuba memajukan diri sendiri.Kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan dan kelonggaran kepada usahawan MELAYU agar perniagaan mereka maju dan berdaya saing,tetapi masih lagi ada yang gulung tikar.Adakah kita menjadi bangsa yang lemah dalam persaingan ketika berniaga.Atau kerana terlalu banyak bantuan dan subsidi menjadikan kita bangsa yang perlu dibantu sepanjang.
MELAYU PERLU BERUBAH ATAU KITA AKAN DIUBAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan