Ahad, 24 Oktober 2010

KENAPA MELAYU BERPECAH

Pada era 80an hingga 90an Melayu hanya berpecah kepada 2 kumpulan UMNO dan juga PAS.Ketika ini perpecahan ini tidak begitu membimbangkan.Ia diibaratkan persengketaan untuk memajukan bangsa Melayu dan tidak lebih dari itu.Ketika itu ahli kedua-dua parti masih boleh duduk semeja sambil minum dan bersembang tanpa ada perasaan permusuhan.
Tetapi apabila berlakunya gerakan REFORMASI yang dicetuskan ANWAR IBRAHIM pada 1998,maka bermulalah episod duka bangsa Melayu.Sejak dari itu Melayu telah berpecah kepada 4 kumpulan.
1.PENYOKONG UMNO
2.PENYOKONG PAS
3.PENYOKONG PKR
4.MELAYU ATAS PAGAR                                                                                       
Diantara keempat-empat kumpulan ini saya percaya kumpulan yang ke-4 adalah yang paling besar pengaruhnya terhadap masa depan Politik orang Melayu.Kerana mereka ini majoritinya adalah golongan muda.Oleh itu saya berpendapat UMNO harus berusaha menarik sokongan mereka.Dan saya menyeru kepada semua Pemuda Melayu agar mendaftarkan diri sebagai Pengundi Berdaftar agar Kuasa Politik yang kita miliki ini dapat dikekalkan.Kita ketinggalan dari segi pemilikan ekuiti,jangan pula nanti kita kehilangan Kuasa Politik kerana sebahagian besar Pemuda Melayu tidak layak mengundi.

1 ulasan:

  1. Terimakasih kerana mendaftar di blog saya. Blog anda telah disenaraikan di dalam blog "Followers" dan diharap anda juga dapat menyenaraikan blog saya di bloglist anda.

    Selamat Berblog!

    Aku Yang Bingai
    Cerai Sebab Takut Bini di Tendang Terajang

    BalasPadam