Isnin, 17 Januari 2011

PRESIDEN PAS PEMIMPIN NYAMUK

DSAI meyerahkan perdebatan dengan Umi Hafilda kepada Haji Hadi.Ini amat mengejutkan kerana dalam kenyataan beliau sebelum ini menyatakan "Umi Hafilda hanyalah nyamuk",jadi Presiden PAS ini boleh disifatkan sebagai pemimpin nyamuk atau penghalau nyamuk kah.....kah..kah...DSAI telah menghina Presiden Pas ini secara halus dan yang lebih menghairankan kenapa pula Hadi Awang menerima tanpa usul periksa.Adakah beliau tahu mengenai kes DSAI?????Sepatutnya Karpal Singh lebih layak berdebat mengenai isu ini kerana beliau lebih tahu mengenai kes ini.Karpal adalah peguam bela dan juga pendakwaraya(pada mula kes dibuka) jadi sudah tentu dia lebih tahu mengenai kes ini.Jadi persoalannya kenapa DSAI memilih HADI bukan KARPAL......Pada saya satu sahaja sebabnya DSAI memerlukan sokongan DAP jadi Karpal tidak boleh dihina.Manakala Hadi pula pada beliau lebih senang diuruskan,mengikut sahaja telunjuk beliau walaupun dimalukan,dan penyokong PAS pula hanya mengikut sahaja rentak pemimpin mereka tanpa ada apa-apa persoalan.Jadi pada pengikut tegar PAS janganlah mengikut membuta-tuli,tanamkan dalam minda anda KENAPA/MENGAPA sebelum membuat sesuatu keputusan.TQ maaf jika tulisan ini menyinggung hati mana-mana pihak.

1 ulasan: